Garam Buluh dan Kanser Tumor

Penyakit zaman moden berpunca dari pengumpulan toksin berasid yang menyebabkan pengedaran darah tidak lancar akhirnya melemahkan sel-sel. Keadaan ini disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, maka terdapat pelbagai-bagai toksin bersifat asid akan meresap ke dalam badan. Namun, tubuh badan tidak berupaya menyingkirkan toksin tersebut dengan begitu pantas dan seterusnya mendedahkan bahagian tubuh diri kita kepada pelbagai toksin.

Otto Heinrich Warburg, ahli kimia dari Jerman, mendapati punca pembentukan tumor pada tahun 1923. Oleh yang demikian, beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel pada tahun 1931. Punca utama penyakit tumor adalah semasa tindak balas respirasi sel-sel; metabolisma gula secara aerobik digantikan oleh pemeraman gula secara anaerobik. Tumor akan membesar dalam proses pemeraman gula secara anaerobik; maka proses ini pada mulanya berpunca daripada kekurangan oksigen. Kita terasa letih, lemah dan daya pertahanan menurun apabila sel-sel berkurangan oksigen di tubuh badan yang asid. Bila keasidan di luar membran sel menjadi semakin tinggi, lalu ia menyebabkan darah berubah asid. Dalam persekitaran yang berasid, sel-sel masih dapat hidup. Akan tetapi, perkembangan sel-sel ini tidak dikawal oleh otak lagi. Kod genetik DNA sel-sel ini juga berlainan dengan yang sedia ada dalam tubuh badan. Justeru, sel ‘jahat’ berkembang tidak terhad dan akhirnya membentuk tumor.

Garam Buluh dan Kanser Tumor

Warburg yakin akan punca penyakit tumor adalah kekurangan oksigen; maka keadaan ini disebabkan oleh keasidan dalam tubuh badan. Jadi, dengan menggunakan bahan alkali untuk meneutralkan toksin asid sambil melepaskan ion hidroksidanya (OH-); memberi satu persekitaran yang cukup dengan oksigen yang boleh mencegah pembentukan tumor. Sekiranya pH dalam badan kurang daripada pH7, ini bermakna OH- telah diputuskan. OH- merupakan sejenis oksigen dengan pemukaan lain yang stabil. Oksigen bebas dan OH- adalah sama penting dalam pengekalan aktiviti sel-sel. Apabila sekeliling sel-sel menjadi asid yakni sel-sel tersebut berkurangan oksigen. Gambar sebelah kiri merupakan darah berasid, darahnya pekat dan menyusahkan pengambilan oksigen; manakala gambar sebelah kanan merupakan darah beralkali, darahnya cair dan menyenangkan pengambilan oksigen.

Sel yang sihat bersifat alkali, maka sel tumor bersifat asid. Keputusan untuk membuat pembedahan tumor perlu dipertimbang terlebih dahulu kerana walaupun pembedahan dijalani telah berjaya, jika persekitaran yang asid belum diubahkan, pertumbuhan tumor akan berulang lagi. Tambahan pula, radioterapi dan kemoterapi yang digunakan dalam pembedahan memusnahkan sel-sel yang sihat. Kemudian, sel-sel yang dimusnahkan ini akan menjadi sisa toksin berasid yang membawa kesan merosakkan kepada tisu-tisu sihat. Justeru, kami bercadang menggunakan garam buluh yang beralkali tinggi (pH10.44) untuk meneutralkan dan mengeluarkan toksin berasid.

Garam Buluh dan Kanser Tumor

Gambar daripada Universiti Kebangsaan Pusan, Korea Selatan

Satu eksperimen tentang garam buluh dan sel kanser dan tumor telah dijalankan oleh Pasukan penyelidikan daripada Universiti Kebangsaan Pusan, Korea Selatan. Mereka mendapati bahawa selepas seminggu pengambilan garam buluh 9 kali bakar, sel kanser dan tumor pada peparu tikus berkurangan secara ketara. Cara pengambilan adalah 3 kali sehari. Pengurangan sel kanser dan tumor digambarkan diatas. Eksperimen ini menunjukkan garam buluh mempunyai kesan anti-kanser yang amat baik sebab ianya beralkali tinggi (pH10.44).

>