Garam Buluh dan Radang Bersifat Lambat

Radang telah dihuraikan dalam sebuah kamus prubatan sebagai bengkak, sakit atau kepanasan pada sesuatu bahagian badan yang disebabkan oleh ubat atau bakteria. Huraian ini adalah berdasarkan pandangan dan pendapat pakar perubatan barat. Selain itu, terdapat juga 3 pandangan yang penting terhadap radang.

Pertama, organ atau tisu badan yang dibiarkan tidak berfungsi akan seperti mesin terpakai yang berkarat. Radang bersifat lambat adalah disebabkan oleh kekurangan senaman dan sukan.

Kedua, radang adalah berasal daripada kahak. Kahak yang lama-kelamaan akan menjadi radang. Jadi, bagaimana kahak terjadi? Air liur yang berubah tidak normal / mengalami mutasi akan menjadi kahak. Air liur dihasilkan oleh kelenjar saliva dan mempunyai banyak kegunaan. Ia disifatkan sebagai agen pencernaan, agen pembasmi kuman, agen pembawa nutrien dan anti kanser. Walaupun dikatakan air liur dihasilkan oleh kelenjar saliva, tetapi air liur tidak dapat dihasilkan sekiranya kandungan air dalam badan tidak cukup. Air liur yang terhasil tidak dapat menyingkirkan bahan pembuangan semasa melalui trakea dan kahak terjadi. Kekurangan kandungan air dan kelembapan dalam badan akan menyebabkan kahak.

Di samping itu, bahan tercemar akan disedut ke dalam peparu melalui trakea dan saluran pernafasan semasa bernafas dalam keadaan tercemar. Peparu kita akan menyingkirkan bahan pembuangan dan bahan tercemar itu dalam bentuk lendir hidung atau kahak. Kekurangan garam dalam badan menyebabkan kahak dalam badan tidak dapat ditolak keluar dari badan. Kahak yang terkumpul akan menggalakkan pembiakan bakteria dan radang terjadi.

Ketiga, radang berlaku dalam keadaan pelbagai jenis toksik dan bakteria. Makanan seperti mee, sayur-sayuran, air dan buah-buahan yang dimakan semuanya tercemar. Tambahan pula, daging, makanan yang kekurangan serat, perisa kimia menambah teruk lagi pembiakan bakteria dalam usus. Pada masa yang sama, darah akan menjadi lebih kotor dan badan lebih berasid. Radang berlaku kerana gaya pemakanan yang tidak baik dan persekitaran yang tercemar.

Kesimpulannya, semua radang yang bersifat lambat akan menyebabkan gangguan seluruh badan iaitu darah yang kotor. Lain kata, badan yang berasid merupakan punca bagi radang bersifat lambat. Badan yang berasid menyebabkan darah menjadi kotor, darah yang kotor menyebabkan longgokan darah. Selepas longgokan darah, kahak akan mula terjadi dan selepas itu wujudnya radang. Oleh itu, kita perlu membersihkan darah yang kotor bagi merawat radang. Kahak akan hilang sekiranya darah telah dibersihkan. Radang tetap tidak akan berlaku jika kahak telah dihilangkan. Maka penyakit pun tidak akan berlaku.

>