Makanan Tambahan Untuk Menguruskan Sembelit Secara Efektif

Garam buluh ialah musuh kepada sembelit. Ramai orang mengalami sembelit tetapi tidak menganggapnya sebagai sejenis penyakit. Akan tetapi, sembelit merupakan penyakit yang serius, ia melanggar teori kitaran semulajadi “masuk dan keluar” dan menganggu proses metabolisma. Jika dibiarkan begitu, keadaan akan bertambah buruk.

Sebenarnya, sembelit tidak menakutkan, yang menakutkan adalah penyakit sampingan yang disebabkan oleh sembelit, contohnya penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, kegemukan, penyakit kencing manis dan juga kanser. Kesemua ini akan membahayakan kesihatan kita. Oleh itu, sembelit juga dikatakan sebagai “punca kebanyakan penyakit”. Sebagai contoh, kebanyakan wajah perempuan yang sembelit kelihatan muram walaupun telah bersolek. Dia juga akan menderita sakit kepala, sakit pinggang, kesakitan haid, kesejukan dan sebagainya. Tambahan pula, jika sembelit menjejaskan pangkal rahim dan pundi kencing, peredaran darah akan dihalang dan mengakibatkan sakit rahim. Sembelit ini juga berhubung kait dengan kanser payudara. Keputusan penyelidikan Universiti Perubatan San Francisco, Amerika Syarikat menerangkan bahawa sel-sel tidak normal dalam rembesan susu pada perempuan yang membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada perempuan yang membuang air besar setiap hari.

Sembelit dan penyakit moden: sembelit sendirinya akan menyebabkan penyakit lain berlaku. Keadaan akan bertambah serius sekiranya ia dibiarkan itu sahaja.

Kanser usus besar: sembelit menganggu fungsi normal organ-organ secara lansung, jus hempedu tidak dapat menguraikan lemak dan mengakibatkan bahan penyebab kanser wujud. Bahan penyebab kanser ini akan menganggu sistem perkumuhan. Jadi, risiko kanser usus besar akan meningkat. Semua pesakit kanser usus besar mempunyai masalah sembelit.

Tekanan darah tinggi: Biasanya manusia mengambil perhatian terhadap tekanan darah tetapi tidak menghiraukan masalah sembelit. Sebenarnya, sembelit ini memang musuh kepada pesakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah pesakit sembelit akan meningkat sebanyak 50-60 mm Hg ketika membuang air besar. Sebagai contoh, jika tekanan darah anda adalah 160 mm Hg, ia akan meningkat melebihi 200 mm Hg ketika membuang air besar. Kadang-kadang pesakit tekanan darah tinggi pengsan dalam tandas kerana sebab ini. Air besar yang terkumpul dalam usus pada jangka masa panjang akan membebankan abdomen. Mereka yang tidak mengetahui punca berlakunya dan hanya tahu memakan ubat cirit-birit sahaja. Akibatnya, kehilangan sejumlah besar ion kalsium. Keadaan ini menganggu fungsi jantung  dan membebankan jantung, akhirnya tekanan darah meningkat.

20% – 40% orang mengalami masalah sembelit, tetapi kejadian air besar terkumpul dalam usus berlaku pada setiap orang. Disebabkan pemakanan daging dan makanan diproses dan makan terlalu kenyang, dinding usus telah menjadi nipis, kehilangan kekenyalan dan lipatan terbentuk. Lipatan yang terbentuk ini menambah teruk keadaan pengumpulan air besar dalam usus besar. Fungsi usus besar terganggu dan fungsi seluruh badan akan rosak. Sesiapa yang sistem perkumuhannya normal juga perlu berhati-hati. Ini kerana pengumpulan air besar ini merupakan sarang bagi semua penyakit. (Jika hanya terdapat 1 penyakit di dunia ini, maka ia mesti pengumpulan air besar dalam badan.) Sarjana terkenal pada Dinasti Han mengatakan bahawa pembersihan usus penting untuk menjamin jangka hayat yang panjang.

Sembelit dan cara penyahtoksik garam buluh: Terdapat banyak cara rawatan untuk sembelit, seperti memakan ubat cirit-birit, memakan makanan yang diperkayakan dengan fiber, enema, berhenti memakan untuk tempoh tertentu dan lain-lain. Bagi kita semua, cara rawatan semulajadi yang dapat menyahtoksik tetapi tiada kesan sampingan diperlukan.

Meminum air pada pagi setiap hari dapat merangsang perut dan usus kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Namun, minum air tidak berkesan untuk membuang toksik badan, ia memerlukan garam juga. Pakar-pakar mendapati bahawa minum air yang pHnya melebihi 8 dapat mengurangkan masa bagi penyaluran makanan melalui usus besar sebanyak 40%. Ini kerana ion Kalsium dalamnya dapat membantu proses peristalsis usus besar. Garam buluh yang pHnya melebihi 10 mempunyai daya resapan dan penyahtoksik yang baik. Oleh itu, ia dapat membersihkan usus kita dengan sempurna. Cara pembersihan usus dengan garam buluh juga berkesan kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.