Garam Buluh Yang Pertama Di Malaysia

Apa Itu Garam Buluh HK3?

garam blush hk3

Garam Buluh HK3 dihasilkan melalui cara pembuatan tradisional yang unik berdasarkan Teori Lima Unsur. Garam buluh telah biasa digunakan sebagai ubat alternatif penting untuk tujuan kesihatan umum dan penjagaan kulit di Korea selama 1300 tahun.

Bagaimakah Proses Pembuatan Garam Buluh HK3?

Garam laut semulajadi yang diperolehi dari Pantai Barat Korea yang kaya dengan tenaga bio dimasukkan ke dalam batang buluh yang berusia 3 tahun keatas, kemudian ditutup mulut batang buluh dengan tanah liat merah yang terdapat di gunung pendalaman. Batang-batang buluh yang berisi tersebut dibakar selama 6 hingga 8 jam dengan menggunakan pokok pine dan minyak pokok pine sebagai bahan pembakaran untuk mencecak suhu pada 900-1500 Darjah Celsius. Proses pembakaran bersuhu tinggi ini menyingkirkan logam berat dalam garam laut. Selepas pembakaran, buluh menjadi serbuk dan batang garam buluh terbentuk. Batang garam buluh dikisar menjadi serbuk, dimasukkan dalam buluh baru lalu ditutup tanah liat dan proses pembakaran diulangi sebanyak 3, 6 atau 9 kali.

Khasiat Nutrisi Garam Buluh HK3

Menurut kajian sains, garam buluh mengandungi 70-80 jenis zat galian seperti kalsium, fosforus, magnesium, besi, mangan, tembaga,  kalium, zink dan sebagainya. Ini adalah sebab intipati buluh, tanah liat, pokok pine dan minyak pokok pine melarut lesap dalam garam buluh apabila proses pembakaran. Selain itu, garam buluh juga beralkali tinggi (pH10.44), bertenaga bio aura (sinar infra merah  gelombang jauh) dan mempunyai kuasa anti-pengoksidaan (ORP -426mV) dua kali ganda lebih tinggi daripada pengawet yang terbaik di dunia.

Kepentingan Garam Untuk Kesihatan

Kami diberitahu pengambilan garam yang tinggi merosakkan badan, namun, pemakanan tanpa garam adalah sama merosakkan. Sebab, garam adalah penting untuk homeostasis dalam tubuh badan. Ia memainkan peranan sebagai kenderaan untuk mengangkut khasiat masuk dan keluar daripada sel-sel badan. Selain itu, garam juga penting untuk menyah-hidrat badan. Itulah kenapa pengambilan air dan garam adalah penting selepas membuat senaman. Sama juga selepas kes-kes cirit-birit atau muntah yang serius, kami perlu mengambil air garam untuk memulihkan ketidakseimbangan zat elektrolit dalam badan. Tambahan pula, garam adalah penting untuk mengawal impuls saraf supaya otak anda dapat menghantar isyarat kepada otot dan jadikan anda boleh bergerak atas permintaan. Di samping itu, garam membantu lapisan saluran darah mengawal tekanan darah. Pendek kata, fungsi badan tertutup sekiranya kita menghapuskan garam dalam pemakanan seharian.

Jenis Garam Yang Terdapat di Pasaran

Kami telah memahami kepentingan garam untuk kesihatan, marilah kami berbincang pelbagai jenis garam yang terdapat di pasaran:

Garam Biasa: Garam ini dijual di semua pasaraya. Ia diproses dengan cara pengkukusan pada suhu 140°C. Ia mengandungi kandungan NaCl (Natrium Klorida) atas 99.5% dan bahan kimia seperti anti-pembeku.

Garam Kosher: Ia adalah sama dengan garam biasa kecuali granul garam kosher adalah lebih besar dan kasar. Ia sering digunakan untuk penjerukan.

Garam Laut: Garam laut adalah lebih kasar berbanding dengan garam biasa. Garam laut mempunyai banyak mineral yang garam biasa kurang seperti kalsium, kalium, magnesium dan iodine. Oleh sebab itu, ramai orang mengamalkan garam laut dan bukannya garam biasa.

Garam Hitam: Kebanyakan garam hitam terdapat di pasaran India. Ia mempunyai rasa sulfur yang ketara dan selalu digunakan dalam perubatan Ayurveda.

Garam Bukit: Digunakan terutamanya untuk menjeruk daging dan ikan. Pada zaman dahulu, ia adalah penting untuk membuat ais krim. Ia juga digunakan untuk mengelakkan lalu lintas daripada pengumpulan ais pada musim sejuk.

Garam Himalaya: Sebenarnya adalah garam bukit dari Pakistan. Ia selalu digunakan pada produk mandi sebagai pelega alahan dan otot. Ia juga digunakan untuk membuat lampu garam sebagai pelega alahan semulajadi. Ramai orang percayai bahawa kristal lampu garam akan mengeluarkan ion negatif yang boleh menangkis alergen dari alam sekeliling.

Garam Epsom: Nama saintifik, Magnesium Sulfat. Digunakan terutamanya sebagai garam mandi untuk mengurangkan sakit otot. Selain itu, ia digunakan sebagai bahan dalam antasid dan julap dalam bidang farmasi. Ia juga digunakan sebagai agen menstabilkan irama denyutan jantung untuk pesakit serangan jantung; dan boleh melegakan serangan asma akut.

Garam Laut Mati: Garam laut yang diekstrak dari Laut Mati. Ia berlainan dengan garam biasa dan garam laut sebab ia mempunyai kandungan natrium klorida yang rendah. Garam ini digunakan terutamanya untuk tujuan mandi dan kecantikan. Menurut kajian sains, garam ini boleh merawat jerawat dan psoriasis secara berkesan kerana ia mengandungi kandungan magnesium yang tinggi, zat galian yang utama untuk mengurangkan keradangan. Selain itu, ia juga berkesan dalam merawat artritis dan melegakan tindak balas alahan.

Perbezaan Garam Buluh HK3 Dengan Garam Lain

Kami telapun mengetahui pelbagai jenis garam dengan kebaikan dan keistimewaan mereka, sekarang, marilah kami berbincang kelebihan garam buluh daripada garam-garam lain.

  1.  Secara umum, garam boleh mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria. Hakikatnya, menurut kajian klinikal, garam buluh boleh mencegah jangkitan Salmonella. Keistimewaan ini sebenarnya adalah sumbangan daripada batang buluh sebab buluh bersifat khas untuk mencegah kulat, bakteria, dan pertumbuhan virus.
  2.   Berbanding dengan garam-garam lain yang bersifat asid, garam buluh sebaliknya beralkali tinggi (pH10.44) sebab kandungan sulfurnya adalah amat tinggi. Oleh itu, garam buluh boleh meneutralkan asid dalam makanan. Selain itu, kandungan besi yang terdapat dalam garam buluh juga tidak dioksidakan ataupun menjadi karat sebab garam buluh beralkali tinggi. Proses pengoksidaan dalam badan mempercepat proses penuaan. Namun, garam buluh sebaliknya mempunyai kuasa anti-oksidan yang tinggi untuk awet muda. Ia mengurangkan keradangan. Dalam bahasa lain, ia merupakan agen anti-penuaan.
  3. Kebanyakan garam diperbuat menggunakan air caj positif. Oleh kerana garam buluh diperbuat menggunakan api, ianya bercaj negatif. Sama seperti garam bukit, ion negatif garam buluh boleh membanteras allergen dalam persekitaran kita.
  4.   Garam buluh tidak menyebabkan tekanan darah tinggi seperti garam lain (Kim, Yong-sakit, et. Al., 2013). Walaupun sebab-sebabnya belum diketahui, saintis percaya ini adalah sebab garam buluh berupaya membantu mengimbangi gula dalam darah dan boleh menurunkan paras lemak dalam badan.

Khasiat-khasiat Garam Buluh Yang Ditemui Oleh Saintis

  1.  Anti-alergik
    Garam buluh boleh menghalang tindak balas alergik yang akut. Dengan meminum atau menyuntik garam buluh ke dalam tubuh badan, bengkak daripada tindak balas alergik disekat sebab garam buluh mengyehadkan pengeluaran histamin (Shin, Hey-Yong et.al., 2004).
  2. Anti-kanser
    Garam buluh mempunyai kuasa anti-mutasi dan kuasa untuk mengehadkan pembentukan sel-sel barah di dalam tubuh badan (Hwang, Kyung-Mi, et. al., 2007; Park, Kun-Young et. Al., 2012)
  3. Anti-obesiti (turun berat badan)
    Garam buluh bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan tetapi juga boleh mengurangkan paras lemak dalam badan (Park, Kun-Young, et.al., 2013)
  4. Penjagaan Gigi
    Saintis mendapati pesakit gigi yang berkumur dengan air garam buluh mempunyai gigi yang lebih keras dan kadar kehilangan mineral gigi yang lebih rendah berbanding dengan pesakit gigi yang menggunakan air kosong untuk berkumur (Min, B.S., et al., 1995)
  5. Anti-keradangan
    Semua garam mempunyai fungsi anti-keradangan. Namun, berbanding dengan garam lain, garam buluh adalah lebih berkesan untuk mencegah dan mengubati penyakit-penyakit keradangan (Shin, Hye-Young, et.al., 2003
  6. Anti bakteria Salmonella dan mengelakan keracunan makanan
    Samonella merupakan bakteria yang sering dijumpa semasa keracunan makanan. Kami telah membuat kajian pada 20 jenis garam, cuma garam buluh mempunyai kesan anti bakteria Salmonella. Oleh itu, garam buluh boleh mengelakan keracunan disebabkan oleh bakteria Salmonella (Moon, JH, et.al., 2009)
  7. Meringankan kesan sampingan kemoterapi
    Bahan kimia yang digunakan dalam kemoterapi mempunyai kesan sampingan seperti rambut gugur dan masalah pendengaran. Garam buluh boleh menghalang proses kematian sel-sel pada rambut dan telinga (Jeong, Hyun-Ja, et.al., 2011)
  8. Penjagaan Sistem Pendengaran
    Magnesium yang terdapat dalam garam buluh boleh mencegah atau merawat kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh suara bising (Jeong, Hyun-Ja, et. al., 2011).
  9. Merawat ulser perut
    Garam buluh membantu pengeluaran hydrogen sulfide yang bertindak sebagai pemancar seperti NO dan CO yang mempunyai fungsi anti-keradangan, anti-hypertensi dan memperbaiki sensitiviti insulin (Saroraya, Chanmuang, et. al., 2011).
  10. Kencing Manis
    Garam buluh boleh membantu kencing manis secara berkesan dengan menguatkan ketahanan paras gula dalam tisu badan dan menambah penggunaan gula dalam darah oleh otot-otot (Saroraya, Chanmuang, et.al., 2011).
  11. Rawatan kepada arthritis
    Garam buluh melegakan arthritis apabila digunakan bersama terapi akupunktur (Xu, Kai-Sheng, 2009). Kandungan magnesium garam buluh adalah lebih tinggi daripada Garam Epsom dan Garam Laut Mati, ini merupakan salah satu punca bahawa garam buluh boleh melegakan kesakitan arthritis pada sendi-sendi dan otot-otot.
  12. Merawat Sakit Kerongkong
    Garam buluh merupakan agen anti-keradangan yang boleh mengurangkan keradangan kerongkong dan mengurangkan kesakitan akibat daripada sakit kerongkong (Choi, CH, et. al., 2012).

Eksperimen Garam Buluh HK3 

Maklumat Lebih Lanjut Tentang Garam Buluh

>