Kencing Manis Semasa Mengandung

Apa Itu Kencing Manis Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)?

Kencing manis semasa mengandung (diabetes gestasi) sentiasa berlaku pada minggu ke-24 kehamilan. Punca kencing manis semasa hamil yang sebenar belum diketahui. Pakar perubatan menganggap bahawa kencing manis ketika hamil mungkin berpunca daripada “hormon plasenta” yang digunakan untuk tumbesaran bayi menyekat fungsi insulin seterusnya menjadikan insulin tidak berfungsi dengan normal. Keadaan ini dikenali sebagai rintangan insulin pada ibu hamil.

Kencing Manis Semasa Mengandung

Kencing Manis Semasa Mengandung Berbahaya Pada Bayi

Diabetes gestasi berlaku selepas bayi terbentuk tetapi semasa bayi sedang sibuk berkembang. Oleh itu, kencing manis semasa mengandung tidak menyebabkan jenis kecacatan kelahiran kadang-kadang dilihat pada bayi yang ibunya mempunyai kencing manis sebelum mengandung.

Walau bagaimanapun, kencing manis semasa mengandung yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik boleh menjejaskan bayi anda. Apabila ibu hamil mempunyai diabetes gestasi, pankreasnya bekerja terlampau kuat untuk menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak menurunkan paras glukosa darah secara berkesan. Walaupun insulin tidak menyeberangi plasenta, tetapi gula dalam darah dan nutrien akan menyeberanginya. Jadi, glukosa darah tambahan akan melalui plasenta, menyebabkan bayi mempunyai paras glukosa darah yang tinggi. Kemudian, ini menyebabkan pankreas bayi berkerja lebih kuat untuk menghasilkan insulin tambahan supaya menghilangkan gula dalam darah.

Oleh kerana bayi menerima lebih tenaga daripada yang diperlukan untuk membesar dan berkembang, tenaga tambahan akan disimpan sebagai lemak. Keadaan ini boleh menyebabkan macrosomia, atau “bayi gemuk”. Bayi berisiko kerosakan ke bahu mereka semasa kelahiran. Oleh kerana insulin tambahan telah dihasilkan oleh pankreas bayi; bayi yang baru lahir mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah dan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi masalah pernafasan. Bayi dengan insulin yang berlebihan menjadi kanak-kanak yang berisiko obesiti dan diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

Bagaimana Ibu Hamil Boleh Sembuhkan Kencing Manis Ketika Mengandung

Rawatan untuk penyakit kencing manis semasa mengandung termasuk:

1) Pemakanan yang seimbang

Selepas anda mengetahui bahawa anda mempunyai diabetes gestasi, anda dicadangkan bertemu dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pelan pemakanan yang sihat. Anda akan dapat belajar bagaimana untuk menghadkan jumlah karbohidrat yang anda makan sebagai cara untuk mengawal paras gula dalam darah anda. Anda juga mungkin akan diminta untuk menulis apa sahaja yang anda makan. Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai berapakah berat badan barulah memuaskan untuk ibu hamil dan bayi. P/S: Diet untuk menurunkan berat badan tidak digalakkan pada keadaan ini.

P/S: boleh berujuk kepada blog saya: Terapi Pemakanan Terbaik Bagi Diabetes!

2) Kerap bersenam

Cuba lakukan sekurang-kurangnya 2.5 jam senaman setiap minggu bertahap sederhana. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah rajin bergerak selama 30 minit sehari (10 minit x 3), sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Biasanya, senaman yang sederhana semasa kehamilan membantu badan menggunakan insulin anda dengan lebih baik dan membantu mengawal tahap gula dalam darah anda. Jika anda tidak pernah bersenam secara teratur atau tidak menjalankannya sebelum anda mengandung, berbincang dengan doktor anda sebelum anda mula bersenam. Aktiviti seperti berjalan atau berenang adalah amat baik untuk wanita mengandung. Anda juga mungkin mahu mencuba kelas senaman khas untuk wanita mengandung.

3) Memeriksa bacaan gula dalam darah

Satu bahagian penting dalam merawat kencing manis semasa mengandung ialah memeriksa paras gula darah anda di rumah. Setiap hari, anda dicadang memeriksa 1 hingga 3 kali bacaan gula dalam darah. Mengetahui bahawa bacaan gula dalam darah anda adalah dalam julat sasaran untuk membantu menyenangkan minda dan menghilangkan tekanan mental. Berbincang dengan doktor anda mengenai berapa kerap untuk menguji bacaan gula dalam darah anda.

4) Memantau pertumbuhan dan kesihatan janin

Doktor anda mungkin mahu anda memantau pergerakan janin dipanggil “kick counts” supaya anda tahu adakah bayi anda kurang bergerak seperti biasa. Anda juga boleh mengetahui perkembangan bayi melalui “ultrasound”. Selain itu, anda boleh menjalani ujian “nonstress” untuk memeriksa bagaimana jantung bayi anda bertindak dengan pergerakan.

5) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang kerap

Mengidapi diabetes gestasi bermakna anda perlu melawat doktor secara kerap. Pada setiap lawatan ke hospital, doktor anda akan memeriksa tekanan darah dan menguji sampel air kencing anda. Anda juga akan membincangkan tahap gula dalam darah, apa yang anda telah makan, berapa banyak senaman telah dibuat, dan berapa banyak berat badan anda telah menambah.

6) Mengambil ubat kencing manis dan suntikan insulin

Cara pertama untuk merawat diabetes gestasi adalah dengan mengubah cara pemakanan dan bersenam secara tetap. Jika tahap gula dalam darah anda terlalu tinggi, anda mungkin perlu mengambil ubat diabetes atau suntikan insulin.

Makanan Tambahan Semulajadi Untuk Kencing Manis Semasa Mengandung

Air ketubah atau cecair amnion mengelilingi bayi di dalam rahim semasa kehamilan. Ia adalah penting untuk perkembangan bayi. Air ketubah membantu bayi mengekalkan suhu persekitaran bayi supaya suhu badan bayi sentiasa tetap.  Tambahan pula, air ketubah membantu perkembangan sistem pernafasan dan sistem penghadaman bayi.

Sebagaimana kita ketahui, air ketubah merupakan tempat permulaan hayat manusia, oleh itu, ianya menjadi sangat mustahak. Kandungan Garam Buluh seakan-akan sama dengan air ketubah, di mana persamaannya setinggi 98%. Yang mengejutkan lagi, garam buluh hk3 mengandungi 80 jenis mineral yang diperlukan oleh manusia. Pada 12 tahun pelaksanaan terapi garam buluh hk3 oleh pakar pemakanan HKIII, didapati garam buluh boleh sembuhkan kencing manis secara pantas dan berkesan. Garam buluh telah dibuktikan oleh saintis bahawa ianya boleh mengaktifkan insulin yang “tertidur” dan membantu metabolisme gula dalam darah.

garam buluh

[membaca testimoni kencing manis…]

Oleh itu, Garam Buluh HKIII amat bermanfaat kepada wanita yang mengidapi kencing manis semasa mengandung.

[membaca testimoni kencing manis…]

Hubungi Pakar Pemakanan untuk mengetahui bagaimana garam buluh hk3 boleh membantu ibu mengandung yang sedang mengidapi kencing manis:

+60197161678

>